Friday, May 07, 2010

REFLEKSI BINA INSAN GURU

ini hasil cernaan aku. jika salah fakta kerana aku berikan auta, sila tegur, jangan malu.


REFLEKSI 1

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.

Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat

Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.

Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.

Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber manusia yang akan menggatikan generasi sekarang ini. Juga betapa pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri.

REFLEKSI 2

Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai, hadapan para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat.

Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlis-majlis formal dan rasmi, dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan pakaian yang betul mengikut tema majlis.

Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional.

Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid mereka.

Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan ikhlas.


REFLEKSI 3


Pengurusan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting dan sangat perlu dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak pentadbiran, tetapi juga kepada guru-guru. Ini kerana ia merupakan satu tugas yang pelu dilaksanakan oleh guru-guru juga.

Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.

Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu, pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun menyelesaikan sesuatu perkara.

JPN, ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah sangat penting. Antara tugas yang perlu mereka lakukan ialah memantau pergerakan pendidikan yang dilakukan disekolah, memberi batuan kepada sekolah yang memerlukan, dan memudahkan perhubugan dengan sekolah-sekolah lain juga dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum, dan juga ko-kurikulum.

Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.

Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.

REFLEKSI 4

Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan yang baru, yang diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan juga ketika menjadi guru pelatih semasa waktu pratikum.

Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa akan datang.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.

Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada.

Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.

Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.

1 comment:

Victoria said...

Thanks!! sgt membantu :)