Saturday, September 05, 2009

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

ini ialah hasil perbincangan di dalam kelas.
jika adah kesalahan atau kesilapan, sila tinggalkan KOMEN anda.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

PJ untuk semua menekan kesamarataan peluang pendidikan untuk semua. Tidak kira mereka adalah daripada golongan yang normal, golongan berkeperluan khas, mahupun golongan yang kurang upaya. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga berkait rapat dengan perkembangan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Kaitannya dengan PJ Suaian ialah golongan yang kurang upaya boleh mengikuti dan mempelajari kemahiran dalam PJ sama seperti golongan normal, tetapi dengan beberapa cara sehingga tahap kemampuan mereka. Ini bermaksud, tenaga pengajar menggunakan kurikulum yang sama, tetapi perlu menyesuaikan aktiviti yang mahu dilakukan sewaktu kelas PJ.

Antara faktor-faktor penting yang perlu diberikan perhatian ialah tahap kemampuan murid, kategori kekurangan, bahan bantu mengajar, dan juga persekitaran fizikal, tempat dan masa. Ini perlu agar golongan kurang upaya masih menerima semaksimum ilmu pengetahuan tanpa ada diskriminasi. Maka, hak dan keistimewaan juga kesamarataan PJ untuk semua boleh dilunaskan.

pautan : http://ceritarasahati2.blogspot.com

No comments: