Wednesday, May 06, 2009

laporan karnival sukaneka dan permainan tradisional



PJM3112 : Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan
LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA
DAN PERMAINAN TRADISIONAL



NAMA
MUHAMAD RIDZUAN BIN HUSNI
(870807-43-5523)

UNIT
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KURSUS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

AMBILAN
JANUARI 2007

(JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

ISI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL
2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA
PERTANDINGAN
3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN
4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA DAN
PERMAINAN TRADISIONAL
5.0 RUJUKAN



1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Khamis yang bersamaan dengan 30 April 2009.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan.
Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah sukan masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah seramai 21 orang telah dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak jumlahnya. Setiap rumah sukan mempunyai tiga orang peserta perempuan dan empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak tujuh orang setiap rumah sukan.
Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru. Pada majlis pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap rumah berkumpul di rumah masing-masing sebelum ke acara perarakan masuk. Perarakan masuk pada pagi tersebut dimulai dengan peserta dari Rumah Kuning, Rumah Biru, dan diakhiri dengan Rumah Merah.
Pada majlis pembukaan tersebut, Abdul Hadi bersama dengan Muhamad Ridzuan telah menjadi pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengabil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.
Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masing-masing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang sedia ada.
Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas.
Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.
Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, diikuti dengan Lari Kepit Bola Celah Peha. Ketiga, permaian yang dipertandingan ialah Lari Bawa Bola Dalam Sudu, dan seterusnya ialah permainan tradisional iaiti Tarik Upih dan diakhiri dengan Baling Kasut.
Pada permainan pertama, iaitu Isi Air dalam Botol, Rumah Kuning telah memenangi acara tersebut. Mungkin disebabkan oleh startegi yang meraka gunakan, maka permaina tersebut dapat digenggam mereka. Namun, pada permainan kedua, persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian.
Permainan Lari Kepit Bola Celah Peha ini telah dimenangi oleh Rumah Biru. Mungkin Rumah Merah masih belum menunjukan kehebatan mereka yan sebenar. Secara amnya, teknikal yang digunakan semasa permainan ini memberikan kelebihan kepada peserta. Cara dan kaedah yang betul hendaklah digunakan oleh peserta agar bola yang dikepit tidak jatuh, dan peserta dapat belari dengan laju dan baik.
Lari Bawa Bola Dalam Sudu merupakan permainan yang banyak menimbulkan kontraversi. Pesert banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan pihak pengadil membatalkan pemenang yang pertama. Olahitu, pertandingan ini telah dijalankan semula dan tenyata Rumah Kuningmasih mampu menguasai permainan tersebut.
Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini dijalankan ialah perserta tidak meletakkan bola betul-betul pada sudu. Sebaliknya peseta melatakkan bola diantara sudu dan hidung menyebabkan bola melekat dan mudah dibawa lari oleh para peserta.
Selepas rehat, permainan tradisonal mendapat tempat oleh semua para peserta. Permainan Tarik Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula. Semasa permainan ini berlangsung, saya dapat melihat semua peserta menggunakan kudrat mereka yang ada untuk memenangi acara ini. Malang bagi pasukan Rumah Mereka kerana mendapat upih yang sudah tidak elok.
Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas semangat kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Pada peringkat awal, sepatutnya Rumah Merah layak memenanginya, tetapi disebabkan oleh kekurangan yang dinyatakan tadi, maka kemengan Rumah Merah telah dirampas oleh rumah lain.
Permainan terakhir yang dipertandingkan ialah Baling Kasut. Sungguhpun terdapat beberapa peraturan tambahan dikenakan, namun permainan Baling Kasut ini tetap mendapat tempat dihati setiap peserta. Kemenangan diberikan pada semua rumah kerana markah mereka menjatuhkan segi tiga kasut adalah sama.
Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival Sukaneka Dan permainan Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan Biru menduduki tempat yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama. Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh En. Tan Kait Keong selaku penyarah pembimbing kami dan En. Razak Bin Sulung selaku tutor kami.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA
DAN MENGELOLA PERTANDINGAN
Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu menekankan aspek-aspek tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti jasmani.
Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan tersebut.
Seperti contoh, pada semester ini, Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu membuat satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan negeri, ataupun lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan Jasmani.
Selepas daripada lawatan tersebut, kami juga perlu menjayakan satu karnival sukaneka dan permainan tradisional. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan apa yang telah kami perolehi daripada lawatan yang kami jayakan selain daripada merancang bagaimana kami menguruskan karnival tersebut.
Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka, menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program. Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana sesuatu program yang telah dirancang.
Lawatan ini sangat berguna kerana dengan adanya input-input yang diberikan, maka karnival yang dijalankan dapat dijayakan dengan baik, sungguhpun pada awalnya ada beberapa kekurangan yang dikenal pasti.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.
Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti.
Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbicangan untuk sesuatu perkara.
Untuk program Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat membincangkan perkara-perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik.
Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk menjalankan karnival ini pada 30 Mei 2009. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam lapan pagi dan dijangka tamat pada jam 10.45 pagi. Ini bermakna, setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna.
Walaupun pada peringkat awal jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan KPLI Pj sebagai peserta, namun beberapa pindaan menyebabkan PISMP Unit Pendidika Jasmani akan menjadi perserta pada karnival tersebut.
Pada Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut, sukaneka yang akan dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Lari Bawa Bola Dalam Sudu dan juga Lari Kepit Bola Celah Peha. Permainan tradisional yang dimainkan pada hari tersebut pula adalah Tarik Upih dan juga Baling Kasut.
Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan semtisa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara.
Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan tugas yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat keputusan dan menyekesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan melancarkan perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.
Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan kekurangan yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Apabila kekurangan dan kelebihan dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut dapat digunakan untuk mengelola sebarang program pada masa akan datang.

3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN
Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.
Untuk mengelola Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini memerlukan perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan beretika.
Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.
Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat hendaklah sentiasa mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat hendaklah dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi yan diperlukan. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati setiap pihak.
Persiapan awal adalah sangat peting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung.
Juga terdapat beberapa perkara yan gperlu diberi perhatian pada masa mencari permaian yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta.
Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ai akan menimbulkan masalah.
Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang dipertandingkan dan bagaimanakah menentukan pemenang. Seperti mana yang diketahui, terdapat pelbagai jenis pertandiangan. Contohnya ialah temasya, pertandingan berlapis, kumpulan, dan piramid.
Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah wang yang diperoleh.
Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini bermaksud, perserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat jangkaan awal berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.


4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia.
Ini dapat dicapai jika pada perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan KPLI Unit PJK ini mengambil bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan menjayakan karnival ini. Sebaliknya, apabila PISMP Unit Pendidikan Jasmani yang mengambil bahagian sendiri, maka ia akan mengurang jumlah peserta. Perbezaan ketara ini jelas dapat dilihat apabila dijumlah KPLI unit PJK ialah seramai 38 orang sebaliknya PISMP unit Pendidikan Jasmani pula hanya 21 orang.
Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permaian sukaneka ataupun permainan tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi untuk mengawal dan menjadikan kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan tersusun. Undang-undang dan peraturan-peranturan yang digunakan pada karnival ini adalah dicipta oleh pihak pengnjur atau jawatankuasa permainan sendriri. Ini dibuat supaya dapat melicinkan lagi perjalanan permainan tersebut.
Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka kemungkinan besar akan berlaku kekasara dan kekechan seperti rasa tidak berpuas hati. Ini juga dapat dikait rapat dengan permainan bersih, atau lebih dikenali dengan istilah “Fair Play”.
Semasa permainan Lari Bawa Bola Dalam Sudu dijalankan, terdapat beberapa kesalahan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa pengadilan. Maka, jawatankuasa tersebut telah membuat perbincangan kecil untuk membuat keputusan supaya permainan ini dapat dimainkan secara adil dan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah dibuat. Begitu juga dengan permainan Lari Kepit Bola Celah Peha.
Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini memberi impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang mengambil bahagian dalam sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguh-sungguh memberikan persaingan yang sihat dan memberikan sorakan kepada kawan yang sedang bertanding.
Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat menjadikan hubungan sosial yang baik dan membina masyarakat Malaysia yang cergas selain daripada membenteras kegiatan-kegiatan tidak sihat.
Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan yang sesuai bertujuan untuk mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Ia akan memberikan kesan dan impak yang positif terhadap aspek jasmani terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.
Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga sebagai satu cara untuk berekreasi. Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bahan dan sumber yang digunakan juga adalah kebiasaanya berada dalam persekitaran kita. Seperti contoh kita tidak memerlukan kos untuk membeli upih pinang, sebaliknya hanya perlu meminta daripada mereka yang mempunyai poko pinang yang mempunyai upih yang sesuai.
Secara keseluruhannya, Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka. Peralatan yang ada pada alam sekeliling kita yang digunakan dapat menjimatkan kos dan memberikan banyak kelebihan.


5.0 RUJUKAN

1. Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.
2. Omardin Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, Pengurusan
Sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
3. HBPE3403 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2 comments:

LiLy said...

tenkiu 4 dis report..u give me some ideas.. :D

halimi_kl said...

Idea OK. Tapi banyak kesalahan ejaan dan ayat. Mana ada peribahasa 'ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung'. Yang ada 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Ni mesti hantar assignment last minit. Grammar banyak salah. Ayat macam kanak-kanak.