Monday, April 27, 2009

HOKI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN NEGERI SEMBILAN



TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK – PJM3113

HOKI


NAMA : MUHAMAD RIDZUAN BIN HUSNI
UNIT : PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN
AMBILAN : JANUARI 2007



ISi kandungan
perkara
1.0 SEJARAH HOKI MALAYSIA
2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
2.1 MENGGELECEK
2.2 MEMUKUL
2.3 MENOLAK
2.4 MENERIMA/MENAHAN BOLA
3.0 LUKISAN PELAN PADANG HOKI
4.0 PROSEDUR MENYEDIAKAN PADANG HOKI
5.0 KEMAHIRAN
5.1 KEMAHIRAN MEMUKUL
5.2 FASA PERLAKUAN BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
5.3 KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN
5.4 CADANGAN LATIHAN ANSUR MAJU UNTUK
MENGATASI KESALAHAN
6.0 RUJUKAN
7.0 LAMPIRAN







1.0 Sejarah Permainan Hoki dI MALAYSIA
Menurut sumber yang boleh dipercayai, permainan hoki diperkenalkan oleh askar-askar dan kakitangan Inggeris yang menjalankan tugas di Tanah Melayu sekitar tahun 1892. Namun, permainan ini cuma dapat menarik minat orang-orang Inggeris yang ada. Penduduk tempatan hanya melihat sahaja bagaimana permainan ini dimaikan oleh mereka kera penduduk tempatan belum menunjukkan minat mereka.
Tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu perlawanan antara Selangor dan Singapura. Hanya pada tahun 1920 penduduk tempatan menunjukkan minat untuk turut serta bermain permainan hoki ini. Jumlah pemain semakin hari semakin bertambah. Semakin ramai yang berminat untuk mempelajari permainan hoki.
Tahun 1926 perlawanan hoki pertama yang melibatkan penduduk tempatan diadakan. Perlawanan tersebut adalah antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri Selat. Tidak beberapa lama kemudian, tertubuhlah pasukan hoki kebangsaan yang pertama. Ini bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India.
Lantaran daripada perlawanan itu, pasukan kebangsaan telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kongdan Macoa. Keputusan yang sangat memberangsangkan kerana pasukan kebangsaan telah menang semua perlawanan persahabatan tersebut.
Tahun 1948 melakar sejarah yang tersendiri apabila liga hoki diadakan di Taiping seterunya diikuti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang. Juga pada tahun ini, tertubuhnya Persekutuan Hoki Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai MHF. Penubuhan persekutuan ini adalah untuk menyalaras permaian hoki di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tahun 1953, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kesannya, pasukan kebangsaan mendapat peluang untuk turut serta dalam kejohanan dan pertandingan yang diadakan diperingkat antarabangsa.
Kini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang maju dalam permainan hoki. Sejarahnya, Malaysia telah pun layak memasuki sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak dari tahun 1956. Pasukan kebangsaan juga sering kali menyertai banyak pertandingan diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia, dan Piala Belia Remaja.













2.0 Kemahiran Asas Permainan Hoki
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu digunakan. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan mereka sendiri. Setiap kemahiran ini juga perlu dipelajari oleh setiap pemain hoki agar mereka dapat meguasai permainan ini.
Hoki, satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, startegi dan teknikal yang penting. Ini sangat diperlukan kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain.
Dalam hoki, terdapat beberapa kemahiran yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.
2.1 Menggelecek.
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada permain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’.
2.2 Memukul.
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

2.3 Menolak.
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sema seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan.
2.4 Menerima/menahan bola.
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting kepada pemain. Ia adalah satu kemahiran yang sangat perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.






3.0








4.0 Prosedur Menyediakan Padang Hoki
Padang hoki yang standart berbentuk segi empat tepat dengan ukuran panjangnya ialah 91.40 meter dan lebarnya pula berukuran 55 meter. Garisan panjang ini lebih dikenali dengan nama garisan tepi dan garisan belakang pula merupakan garisan lebar padang hoki tersebut.
Setiap padang hoki mempunyai empat bahagian secara keseluruhannya. Setiap dua bahagian dibahagikan dengan garisan tengah, dan dua garisan tadi dibahagikan dengan garisan yang dikenali sebagai garisan 23 meter.
Bulatan jaringan pula merupakan satu garisan panjang yang selari dengan garisan gol sepanjang 3.66 meter. Garisan ini ditanda dengan dua suku bulatan berradius 14.63 meter. Bagi suku bulatan sebelah kiri, tiang gol sebelah kiri digunakan sebagai pusat suku bulatan tersebut. Begitu juga dengan sebelah kanan, maka tiang kanan digunakan sebagai pusatnya. Separa bulatan ini lebih dikenali sebagai kawasan D.
Selain itu, terdapat juga pukulan penalti yang berukuran 6.4 meter daripada garian gol, dan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter daripada tiang gol kiri untuk sebelah kiri, dan kana untuk sudut penalti sebelah kanan.
Manakala ukuran gol hoki ialah 2.14 meter tinggi dan jarak antara dua tiang gol pula 3.66 meter.
Untuk menyediakan satu padang hoki yang sempurna, terdapat beberapa prosedur atau langkah-langkah yang perlu diikut. Setiap prosedur atau langkah-langkah ini perlu diikuti agar proses menyiapkan sebuah padang hoki yang mengikut ukuran yang betul menjadi lancar.
Selain itu, pemilihan padang yang sesuai juga amat perlu. Padang yang hendak digunakan mestilah mempunyai keluasan yang lebih daripada sebuah padang hoki, iaitu sekurang-kurangnya 92 meter panjang dan 56 meter lebar. Padang yang rata dan tidak berlopak adalah lebih sesuai kerana bola hoki akan bergerak dengan lebih lancar dan kurang halangan.
Untuk memudahkan cara membuat satu padang hoki, kita boleh membuat bahagian sebelah padang dahulu. In bermakna kita membuat ukuran 45.70 meter kali 55 meter. Untuk menjadikan padang tersebut bersudut tepat, kila boleh menggunakan teoram pentagoras. Ini bermakna, kita akan mencari garisan silang padang tersebut.
55 m 71.50 m


45.70 m
Seterusnya, kita akan menjadikan segi tiga tersebut menjadi satu segi empat tepat yang merupakan separuh daripada kawasan padang hoki tersebut. Selepasa itu, kita akan membuat separuh lagi padang tersebut. Ini menjadikan padang hoki yang sempurna mengikut ukuran sebenar


55 m


91.40 m
Selepas siap satu segi empat tepat untuk satu padang hoki, maka kita perlu mencari garisan 23 meter. Untuk mencari garisan 23 meter ini, kita perlu mengukur jarak 22.90 meter daripada garisan belakang. Maka, ini akan menjadikan garisan 23 meter yang mengikut ukuran.
22.90 m






Kini padang tersebut sudah pun terbahagi kepada empat bahagian seperti padang hoki yang sebenar. Selepas itu, kita akanmeletakkan tiang gol yang berada tengah-tengah garisan belakang. Panjang tiang gol berukuran 3.66 meter, maka titik tengah tiang gol tersebut ialah 1.83 meter mesti berada pada titik tengah garisan belakang. Garisan tengah titik belakang ialah 27.5 meter.

27.5 m


Selepas meletakkan gol, garisan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter dari tiang gol sebelah kiri dan kanan di buat. Garisan ini dibuat dengan menarik meter pengukur dari tiang gol dan tandakan pada garisan 5 meter dan 10 meter.


Garisan 5 m
Garisan 10 m





Seterusnya ialah langkah untuk membuat kawasan D. Kawasan D adalah seperti separa bulatan, tetapi ada garisan lurus yang selari dengan garisan belakang yang berukuran 3.66 meter.
Buat suku bulatan yang berjejari 14.63 meter berpusat pada tiang gol sebelah kanan. Suku bulatan juga dibuat pada sebelah kiri dengan tianng kiri sebagai pusat dan ukuran jejarinya juga sama.
Garisan 3.66 m




14.63m


Seterusnya kita akan membuat kawasan D yang bergaris putus-putus. Caranya juga sama sepert kawasan D, Cuma jejarinya adalah lebih panjang lagi, iaitu ditambah 5 meter. Ini bermakna jejari untuk kawasan D putus-putus ialah 19.63 meter.
Apabila siap pada bahagian kedua-dua padang, ini bermakna padang untuk permainan hoki sudah siap sepenuhnya. Cuma perlu diletakkan bendera pada setiap sudut padang permainan. Bendera ini juga dikenali sebagai bendera sudut. Tinggi untuk tiang bendera ini di antara 120 sentimeter hingga 150 sentimeter.






5.0 Kemahiran
5.1 Kemahiran Memukul
Kemahiran memukul merupakan kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain. Terdapat pelbagai cara untuk menguasai kemahiran memukul ini.
5.2 Fasa Perlakuan Bagi Kemahiran Memukul









Letakkan kepala kayu hoki diatas tanah dengan jari kayu menghala ke hadapan. Kemudian tangan kiri diletakkan dihujung kayu dan kayu tersebut hendaklah digenggam dengan kuat. Tangan kanan pula diletakkan di bawah tangan kiri dengan jari-jemari memegang batang kayu. Bentuk “V” kana terbentuk dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan kayu hoki. Kira-kira empat hingga lapan inci kayu hoki pada bahagian pemegang sebelah atas tidak digenggam.
















Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau pemain yang hendak menerima bola. Kedudukan badan hendaklah seimbang, dengan keluasan bukaan kaki ialah seluas bahu.










Kedudukan bola pula hendaklah selari dengan hujung kaki kiri dan jauh sedikit dari hujung kaki untuk mendapatkan keselesaan semasa memukul.













Apabila hendak memulakan pukulan, hayunan kayu hoki hedaklah dari belakang badan. Berdiri ke sisi bola dengan memegang kuat kayu hoki. Seterusnya kayu hoki hendaklah dihayun kebawah ke arah bola. Pada masa kayu hoki di hayunkan, pinggul hendaklah berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan. Bahagian tengah kayu hoki hendaklah mengenai pada bahagian tengah bola. Pukulan diteruskan dengan ayunan mengikut lajak ke arah bola ditujukan.

5.3 Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemaian semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan semasa kemahiran memukul digunakan, maka boleh menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. Seperti contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola boleh keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.
ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.
iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangna ketika hendak memukul bola.
v. Bahu tidak menunjukan ke arah sasaran bole yang hendak dipukul.

5.4 Cadangan Latihan Ansur Maju Untuk Mengatasi Kesalahan

Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat bedasrkan terasa lepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu pemain menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi.
Untuk kesalahan pegangan kayu hoki yang terlalu dekat dengan hujung kayu dan tidak digenggam dengan kuat, terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan. Perlama sekali, pemain hendaklah didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasrkan objektif latihan. Pemain hendaklah diberi peluang untuk melihat dan diberi tunjuk ajar dengan jelas dan tepat.
Untuk memastikan pegangan pada kayu hoki kuat, pemain boleh menggunakan buluh atau kayu biasa untuk belajar pegangan. Dengan menggunakan buluh atau kayu tersebut, pemain boleh menghayunkan-hayunkannya.
Seterusnya, untuk menguatkan genggaman, pemaian boleh menggenggam dan melepaskan genggaman tangan. Aktiviti ini dilakukan dengan kadar yang banyak setiap hari. Seperti contoh, seratus kali genggaman dan melepaskan genggaman dilakukan semasa awal sesi latihan.
Dengan kayu hoki, pemian memegang pada hujung pemengan dengan kedua-dua tangan. Seterusnya, tangan diluruskan ke hadapan, dan keadaan ini dikekalkan selama dua minit. Selepas itu, rehat selama seminit. Ulang lakuaan tersebut sebanyak tiga set.










Dengan tangan yang lurus kehadapan, pegang kayu hoki dengan kedua-dua tangan. Jarak antara dua-dua tangan hendaklah kira-kira besar sedikit daripada luas bahu. Kemudian dengan jari jemari, cuba pusingkan kayu hoki mengikut arah jam sebanyak 50 pusingan. Ini diikuti dengan pusingan lawan arah jam juga sebanyak 50 pisingan.









Selepas itu, dengan kayu hoki, pengang dengan kedua-dua belah tangan dengan cara yang betul. Berdiri seperti seakan-akan mahu memukul bola, dan hayunkan dari belakang hingga ikut lajak. Ulang lakuan aktiviti ini sebanyak 10 set.





6.0 RUJUKAN
1. Siri Sukan Popular, Hoki. Helen Ten, M. P. Haridas. 2006, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1. Helen Ten dan M. P. Haridas (2006) Siri Sukan Popular, Hoki. Kuala Lumpur.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Omardin Haji Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Sukan :
Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur. Lohprint Sdn. Bhd.
4. Ismail Roslan (1992) Permainan Hoki. Johor Bahru. Penerbitan Ramli Sdn. Bhd.













7.0 LAMPIRAN

2 comments:

meggi perisa ayam. said...

timaseh, info yg tepat.. u saved my day.

ATikah Mustapa said...

SALAM...TQ...SAYAa ambik info awak ni untuk asgment saya plak..blh???